Ai@ NADI SELURUH NEGERI SEMBILAN
13 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 13 Jun 2026, telah diadakan Program Ai@NADI Seluruh Negeri Sembilan bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang.
Program ini dijalankan serentak di 62 NADI seluruh Negeri Sembilan. Dalam program ini Peserta bukan sahaja didedahkan kepada penggunaan platform AI seperti Google Gemini, ChatGPT dan aplikasi Canva, malah digalakkan membangunkan aplikasi dan penyelesaian digital untuk komuniti setempat. Selain itu, program Ai NADI turut memberi pendedahan kepada penggunaan AI secara beretika, meningkatkan literasi digital dan membantu usahawan menggunakan AI dalam pemasaran serta perniagaan.
Di samping itu, program ini mampu menjadikan masyarakat yang celik AI, berkemahiran digital dan mampu memanfaatkan teknologi AI untuk pendidikan, pekerjaan, keusahawanan serta pembangunan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: